Farid Kamil tak pernah takut dan malu

 

Farid Kamil tak pernah takut dan malu

‘Tak pernah takut, malu untuk hidup’

Bukan sesuatu yang pelik apabila ramai menyimpulkan kerjaya seni aktor, Farid Kamil Zahari menuju zaman gerhana apabila disabitkan kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lalu.

Farid juga dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun, tahun lalu.

Susulan kontroversi buruk yang melanda diri hingga gelaran Datuk ditarik balik, andaian kemasyhuran dan kerjaya yang dibina hampir dua dekad lalu disifatkan bakal menemui titik noktah.

Mengulasnya, suami kepada aktres Diana Danielle itu berkata, apa yang berlaku sudah tertulis dalam hidupnya.

“Sebagai manusia, apa sahaja ditakdirkan, saya terima dengan hati yang reda. Saya juga tidak pernah takut untuk hidup atau malu kerana tahu di mana saya berdiri.

“Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana setakat ini, masyarakat tetap melayan saya seperti biasa, sama macam dahulu. Pun begitu, saya sudah bersedia bersara pada bila-bila masa, andai ditakdirkan diri saya tidak diperlukan dalam industri seni.

“Jujurnya, saya tidak pernah tertekan dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, saya mengucapkan syukur kerana pengalaman yang dilalui secara tidak langsung mematangkan saya. Ketika ini, saya hanya mampu menyerah kepada Allah kerana dia lebih mengetahui apa seterusnya yang akan berlaku,” katanya kepada BH Online.

Jika bukan disebabkan merajuk dengan industri mahupun tekanan, bagaimana boleh terfikir mengucapkan selamat tinggal, bintang filem Lagenda Budak Setan dan Bencinta itu berkata, dia sudah membintangi sebanyak 60 filem sepanjang dua dekad dalam dunia lakonan.

“Lagi enam filem sahaja saya sudah menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Ia bagaikan satu perjalanan yang cukup panjang buat saya.

“Datang dari Kedah, belajar mengenai filem, kemudiannya menceburi bidang perfileman. Jujurnya, saya tidak pernah terfikir sudah berlakon 60 filem. Impian saya membintangi 100 filem. Namun, saya akur, jika ditakdirkan rezeki saya sampai di sini sahaja,” katanya.

Mengulas soal persediaan bersara, Farid berkata, agak sukar untuk menentukannya.

“Tetapi, apa yang cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia. Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni,” katanya.

Selepas empat tahun kelibat tidak muncul dalam televisyen (TV), Farid berkata, dia muncul membintangi drama rantaian Masih Ada Rindu.

“Saya memilih kembali ke kaca TV kerana drama rantaian diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd dan arahan Osman Ali. Saya bertuah berlakon di bawah arahannya kerana segala pandangan yang diberikan dari aspek pelakon dan pengarah boleh diterima pakai.

“Apabila berlakon di bawah Osman, saya bebas memberi pandangan. Saya juga dapat mengorek ilmu dengannya. Boleh dikatakan, kami mempunyai keserasian apabila bekerja.

“Sepanjang bekerja dengan produksi Nuansa dan Osman, mereka sangat menjaga kualiti kerja tanpa mengira produk drama atau filem. Mereka meletakkan satu standard yang tinggi dalam hasil kerja,” katanya.

Katanya, dia harap syarikat produksi lain mempunyai standard sama dengan Nuansa jika ditawarkan berlakon dalam drama.

“Saya pernah bekerja dengan produksi lain dan sangat mengecewakan kerana melayan pelakon dan kru produksi seperti standard dunia ketiga,” katanya. BH

Farid Kamil tak pernah takut dan malu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Farid Kamil berdoa ‘sejarah hitam’ tak akan berulang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker