Aaron Aziz mendapat kesan sampingan selepas suntik vaksin
Aaron Aziz terima suntikan vaksin Covid-19, kesan sampingan rasa lebih ‘sado & handsome’
PELAKON dan pengarah Datuk Aaron Aziz menzahirkan rasa syukur apabila proses untuk mendapatkan suntikan vaksin jenis AstraZeneca dipermudahkan.
Kata Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz, dia hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi selepas mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
“Alhamdulillah sudah dicucuk! Kagum dengan semua proses yang berjalan lancar! Ada beberapa ‘pit stops’, tiba-tiba giliran saya pula untuk disuntik.
Terima kasih PPV UKM Bangi dan Qualitas Medical Group… Terima kasih jururawat yang cucuk saya, bermula dengan Bismillah, tiba-tiba dah dicucuk!,” katanya.
Dalam pada itu, bintang filem KL Gangster ini turut menyarankan orang ramai untuk sama-sama mendaftar dan dapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.
“Marilah kita sama-sama dapatkan vaksin dan capai imuniti kelompok (herd community) supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-Allah,” ulasnya.
Lebih melucukan, apabila Aaron,45 dengan selamba memberitahu kesan suntikan vaksin tersebut telah memberi kesan terhadap fizikalnya yang nampak lebih kacak dan sado.
“Kepada mereka yang tanya kesan selepas suntikan vaksin, Alhamdulillah sihat dan boleh kemas bilik. Tapi esok demam 38.5 celcius.
“Isteri pun cakap ‘padan muka, orang dah suruh berehat…dah nak vakum rumah. Masuk hari ketiga, keadaan saya sudah kembali okay.
“Cuma satu sahaja yang ketara lepas vaksin, bahaya juga bila Diyana Halik (isteri) cakap, ‘eh kenapa awak lepas vaksin nampak macam lagi sado dan kacak (handsome).
“Ini isteri yang cakap bukan saya. Hanya itu sajalah kesan sampingannya,” tuturnya. Utv
Aaron Aziz mendapat kesan sampingan selepas suntik vaksin
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Terjawab Punca Sebenar Kenapa Tahfiz Aaron Aziz Dirobohkan. Wanita Ini Tampil Cerita Satu Persatu