Terjawab Punca Sebenar Kenapa Tahfiz Aaron Aziz Dirobohkan. Wanita Ini Tampil Cerita Satu Persatu

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

Beberapa hari lalu Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabil pusat tahfiz yang diusahakan bersama dengan beberapa rakan lain di Pulau Langkawi telah dirobohkan.

Tanpa memberitahu punca sebenar ia diroboh, Aaron hanya meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

” Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak-anak semua harus dibina semula.

” Please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control,” tulis Aaron yang ternyata kecewa dengan apa yang berlaku.

Wanita tampil beri penjelasan

Terbaru seorang wanita tampil memberikan penjelasan mengenai isu pusat tahfiz dirobohkan di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa milik pelakon Datuk Aaron Aziz.

Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa sedih selepas pusat tahfiznya terpaksa dirobohkan namun tidak dijelaskan situasi sebenar yang terjadi.

Ketika dihubungi Gempak, wanita bernama Fosiyah Md Din, 62, mendakwa tanah itu merupakan milik adik beradiknya dan kini dalam proses untuk pembahagian supaya setiap seorang mendapat hak masing-masing.

Dibina atas tanah orang?

” Tanah tu dibahagikan kepada tujuh orang adik beradik. Kami dalam proses untuk pecah bahagian supaya dapat seorang satu geran.

” Kami dah buat pengukuran tanah. Bahagian abang saya untuk wakaf itu diberikan kepada pihak terbabit untuk dibuat tahfiz.

” Bangunan itu sebenarnya sudah dibina atas jalan. Kami dapat surat dari pejabat tanah yang permohonan untuk mendapatkan geran tidak diluluskan sebab ada pembinaan yang dilakukan atas jalan.

” Saya dah bagitahu tiga kali dekat pihak terbabit untuk tidak melakukan apa-apa pembinaan atas jalan, tetapi mereka degil.

” Dah empat tahun kami memohon geran untuk pembahagian tanah tapi masih tidak diluluskan.

” Saya minta diruntvhkan kalau nak dapat geran untuk tanah yang diwakafkan itu. Kalau tak buat, memang tak dapat kelulusan daripada pejabat tanah,” dakwanya.

Tegas Fosiyah lagi, bukan keseluruhan tahfiz itu dir0bohkan, tetapi hanya bangunan yang dibina atas jalan sahaja.

” Bangunan yang diruntuhkan hanya bahagian yang dibina atas jalan sahaja, bukan keseluruhannya. Bukan saya sendiri runtuhkan, tapi ia mengikut ukuran yang telah diberikan oleh pejabat tanah,” dakwanya lagi.

Sementara itu, menurut Fosiyah lagi, tanah itu milik abang sulungnya dan tahfiz itu masih belum ada permit.

” Kalau diikutkan tahfiz itu tidak sah. Tanah itu pemiliknya adalah abang saya yang sulung.

” Pada Rabu lalu, baru saya tahu bila keluar berita mengenai Aaron kesal kerana tahfiz dirobohkan. Ramai netizen yang kec4m kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

” Tahfiz itu tak ada permit. Geran tanah pun belum dapat sebab ada bangunan atas jalan.

” Geran yang yang ada sekarang terkandung nama kami semua tujuh adik beradik, geran yang tertulis atas nama setiap seorang masih tak dapat lagi.

” Tapi kami sebagai tuan tanah tak akan berundur. Bangunan itu dirobohkan untuk kami dapat geran. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak dapat.

” Anak-anak kami nanti apa cerita? Kami semua dah tua, kenalah fikir masa depan pewaris kami,” katanya mengakhiri perbualan.-Asiakini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker