Sebar poster Jajaran Harapan ‘kerja’ penyokong PPBM – Asyraf
Sebar poster Jajaran Harapan ‘kerja’ penyokong PPBM – Asyraf
KUALA LUMPUR – Datuk Asyraf Wajdi Dasuki sekali lagi mengulangi pendirian UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata demikian susulan ada pihak yang menjaja poster Jajaran Harapan yang menampilkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati poster itu disebarkan oleh pemilik akaun palsu atau penyokong kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau menempelak penyokong-penyokong Bersatu yang disifatkan sebagai pelik kerana ‘kuat meroyan’.
Katanya, penyokong parti itu lupa bahawa PPBM ditubuhkan hasil perbincangan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang, menunjukkan betapa perlu menubuhkan sebuah parti Melayu sebagai komponen Pakatan Harapan (PH) untuk menarik sokongan dan memecahkan undi Melayu antara 10 hingga 15% bagi membolehkan PH menang dan memerintah.
”Ternyata formula tersebut berjaya!,” katanya.
Sedangkan, Asyraf menegaskan, UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah bersama dengan DAP mahupun PKR.
Berikut dari FB Asyraf Wajdi :
Ramai yang dok jaja poster ini. Bila check profil kebanyakannya samaada fake account atau penyokong kuat PPBM.
Untuk pengetahuan UMNO telahpun membuat ketetapan di Perhimpunan Agong UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi tidak akan bekerjasama dengan PKR mahupun DAP. Juga tidak akan bersama PPBM dalam PRU15 akan datang.
Hakikatnya UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah bersama dengan DAP mahupun PKR. Pelik juga geng2 penyokong PPBM ni kuat meroyan walhal mereka lupa yang PPBM ditubuhkan hasil perbincangan antara Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang betapa perlu menubuhkan sebuah parti Melayu sebagai komponen Pakatan Harapan untuk menarik sokongan dan memecahkan undi Melayu antara 10-15% bagi membolehkan PH menang dan memerintah. Ternyata formula tersebut berjaya!
Sebar poster Jajaran Harapan ‘kerja’ penyokong PPBM – Asyraf
Baca Artikel Menarik :
- Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun
- Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.