Mageran: Cukuplah Mahathir, peluang kedua sudah diberi

Mageran: Cukuplah Mahathir, peluang kedua sudah diberi
Cukuplah Mahathir, peluang kedua sudah diberi – Puad

KUALA LUMPUR – “Cukuplah Tun,” kata Datuk Mohd Puad Zakarshi yang mengulas cadangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) supaya ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani pelbagai masalah yang berlaku dalam negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelik kerana bekas perdana menteri dua kali itu membantah pelaksanaan darurat, bantah penggantungan Parlimen tetapi mencadangkan Mageran.

Dr Mahathir kemudian menawarkan diri untuk kembali berkhidmat.

”Sudah tentu sebagai Pengarah Mageran,” katanya sambil membayangkan kalau Dr Mahathir sebagai pengarah, pasti Mageran sukar ditamatkan.

Mohd Puad berkata, mujur Dr Mahathir bukan perdana menteri lagi, jadi tidak ada sebab Yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihatnya.

”Kalau Tun M jadi boss Mageran, kita tahu ia akan disalahgunakan. Pendakwaan selektif dan dendam akan kembali. Institusi kerajaan seperti SPRM dan LHDN akan diguna untuk menekan lawan politik.

”Cukuplah Tun. Peluang kedua sudah diberi. Banyak sangat kerosakan. Takut lebih banyak aset negara akan dijual.

”Silap silap Latheefa Koya dan Tommy Thomas muncul kembali. Cerah masa depan Mukriz,” katanya penuh sinis. MG

Mageran: Cukuplah Mahathir, peluang kedua sudah diberi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker