Amaran kepada majikan, jangan paksa pekerja bayar vaksin – Menteri

Amaran kepada majikan, jangan paksa pekerja bayar vaksin - Menteri

 

Amaran kepada majikan, jangan paksa pekerja bayar vaksin – Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi amaran kepada majikan agar tidak memaksa pekerja mereka membayar caj untuk pengambilan vaksin Covid-19.

“Saya tak nampak sebarang sebab untuk ini,” kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan merujuk kepada cadangan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) agar pekerja membayar caj RM50 untuk vaksinasi di lokasi selepas pusat beli-belah bersetuju untuk memberi subsidi.

Semua vaksin yang akan digunakan dalam program vaksinasi adalah percuma di bawah tanggungan kerajaan bawah Program Imunisasi Nasional Covid-19 (PICK).

“Saya mahu mengingatkan semua orang supaya tidak memaksa pekerja membayar vaksin kerana ia percuma untuk semua,” kata Saravan kepada FMT.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam PPK untuk cadangan itu, dengan berkata semua kos harus ditanggung oleh majikan.

Timbalan presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, sekalipun kos vaksinasi telah disubsidi adalah tidak adil pekerja dikenakan bayaran bagi mendapatkan vaksin.

Beliau menasihatkan pekerja runcit untuk melaporkan kepada MTUC sekiranya mereka dipaksa membayar vaksin.

Pada Februari, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata Jemaah Menteri memutuskan warga asing yang tinggal di Malaysia, termasuk pekerja asing yang mempunyai dokumen dan tidak, akan diberi vaksin secara percuma di bawah PICK.

Menurut Saravanan, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa berkata semua pekerja mesti dilayan dengan adil. Katanya, ini bermaksud pekerja tempatan juga perlu diberi vaksin secara percuma.

Beliau juga berkata perkara itu akan dibincangkan perkata itu dengan Khairy hari ini.

“Kerajaan telah bersetuju pada dasar, semua pekerja asing akan diberi vaksin. Oleh itu, saya mahu tahu bila (akan dilaksana).”

 

Amaran kepada majikan, jangan paksa pekerja bayar vaksin – Menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker