[VIDEO] Adik Perempuan Sajat Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
[VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
Sudah beberapa bulan dalam buruan polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.
Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Terbaru, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian di aplikasi TikTok.
Lebih lucu, Mustika itu memuat naik video parodi berlakon dan miming menjadi Sajat malah menggunakan suara abangnya. Apa yang pasti, ramai yang keliru pada awalnya kerana wajahnya seiras dengan Sajat.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa usahawan yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mempunyai seorang adik perempuan yang saling tak tumpah dengan raut wajahnya.
Menerusi satu sisi, memang seiras. Dikenali dengan nama Mustika atau lebih mesra disapa ika, wanita ini pernah mencuba nasib dalam dunia hiburan tempatan.
Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu dalam program The Band di Astro pada tahun 2013/2014 selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.
Doakan abang saya sembuh…
Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.
Mustika turut melakonkan satu lagi parodi abangnya membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya yang dikritik oleh netizen .
Disamping itu Mustika jugak memuat satu lagi parodi abangnya menerangkan beliau dari geng Kelopak setelah ramai mempersoalkan jantina beliau walaupun telah penat dia menjawab perkara itu. 😂
LIHAT VIDEO DIBAWAH 😂
[videopress ij03kahK]Perkongsian Mustika itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan parodi tersebut, tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan semula jadi adik Sajat.
Terdahulu, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat tau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berada di luar negara.
Sumber: TikTok/OMM/Instagram
[VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments
You must be logged in to post a comment.