DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat – Speaker

DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker

DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat – Speaker

KUCHING: Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam kenyataannya hari ini berkata, notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini.



Jelas Asfia, dalam notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak.

“Namun demikian, disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada 11 Januari 2021 dan juga penggubalan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak khususnya berkaitan dengan kuasa-kuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta mengadakan pilihan raya telah digantung dan tidak mempunyai kesan menerusi Seksyen 13 dan 15 Ordinan tersebut,” kata Asfia dalam kenyataan itu.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan hari ini berdasarkan mesyuarat pertama pada 7 Jun 2016 yang diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11.

Jelasnya, penggantungan mengenai pembubaran dan pilihan raya negeri akan terus kekal selagi mana pengisytiharan darurat berkuat kuasa.



Bagaimanapun, jelas Asfia kedua-dua itu juga memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pembubaran DUN bagi sesuatu negeri termasuk Sarawak dan juga tarikh pilihan raya, jika pada pendapat Baginda adalah sesuai bagi DUN tersebut dibubarkan dan pilihan raya diadakan dalam tempoh darurat.-Awani

DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat – Speaker


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Agong nasihat kerajaan Sarawak terus berfungsi lepas DUN tamat 6 Jun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker