Syamsul berjaya peroleh perintah injunksi sekali lagi
Syamsul berjaya peroleh perintah injunksi sekali lagi
Penerbit filem, Syamsul Yusof berjaya mendapatkan perintah injunksi lanjutan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin.
Ia merupakan perintah injunksi kedua yang dimohon oleh penerbit filem berkenaan dan dibuat secara ex parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Perintah injunksi pertama yang diperolehi pada 27 April lalu akan tamat pada esok (27 Mei).
Perintah tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Abdul Halim Abdullah sewaktu permohonan untuk melanjutkannya dibuat lisan semalam.
Pada prosiding hari ini di hadapan hakim yang sama, Syamsul hadir diwakili peguam-peguam syarie, Azmi Mohd. Rais dan Norrulnadiya Mohd. Saref.
Menurut perintah yang baru dikeluarkan, Sarah dihalang, dilarang dan ditegah sama sekali untuk memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk dan medium.
Perintah injunksi tersebut berkuat kuasa hari ini (26 Mei) sehingga 8 Jun ini. Pada 8 Jun, Mahkamah akan mendengar permohonan injunksi secara inter parte (kedua-dua belah pihak).
Pada 16 Januari lalu, Sarah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap suaminya atas alasan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi hidup sebagai suami isteri.
Pada 21 Mac lalu, Syamsul atau nama penuhnya, Mohd. Syamsul Md. Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah atas alasan wanita itu masih menghubungi bekas kekasihnya di zaman kolej walaupun lelaki itu sudah beristeri.
Pasangan itu pada mulanya dijangka akan bercerai pada 18 April lalu namun ia tidak berlaku selepas Sarah tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Syamsul.
Antara syarat pengarah filem Mat Kilau itu ialah, Sarah perlu menarik balik semua kes terhadap isteri kedua, Ira Kazar dan keluarga mentua baharunya itu.
Sarah memfailkan saman terhadap Ira sekitar Jun 2022 atas dakwaan Ira telah mengganggu kedamaian rumah tangganya. Kes itu akan mula dibicarakan Ogos ini.
Sarah juga berjaya memperoleh perintah injunksi terhadap Ira dan keluarganya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Utusan
Syamsul berjaya peroleh perintah injunksi sekali lagi
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)