Armada Biadap : Memang tugas menteri untuk jawab soalan



Sebaran :

Armada Biadap : Memang tugas menteri untuk jawab soalan

Armada Biadap : Memang tugas menteri untuk jawab soalan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas pimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kenyataan kasar yang dikeluarkan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Shahril Sufian berkata, kenyataan yang menyifatkan Asyraf Wajdi sebagai ‘otak di lutut’ kerana meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tampil kepada media bagi menjelaskan perincian operasi sektor perkilangan ketika Sekatan Pergerakan Penuh adalah sangat biadab.



Menurutnya, permintaan Asyraf Wajdi itu sesuatu yang wajar kerana tanggungjawab menteri adalah untuk menjawab sebarang persoalan berkaitan isu di bawah bidang kuasanya.

“Kekhuatiran berkenaan kluster kilang adalah benar dan disokong oleh data. Jadi, kalau ada pihak memberi fokus atau mempertikaikan kelonggaran kepada operasi kilang, itu adalah wajar. Menteri boleh menjawab dan menjelaskan. Itu memang antara kerja menteri.

“Ketua Pemuda UMNO tidak pun ‘menggelupur’ minta semua kilang terus ditutup. Kenapa Pemuda Bersatu nak marah sangat? Ini semua menjadi isu kerana Parlimen tidak bersidang.



“Kalau bersidang, isu ini boleh dibahaskan, fakta dibentang dan rakyat boleh nilai. Jadi kalau tak mahu banyak disoal di media sosial, Armada mintalah buka Parlimen. Atau mereka anggap semua ahli Parlimen yang menyoal pun otak di lutut juga?” soal beliau dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Portal Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Exco Armada, Saiful Bahari berkata, tindakan Asyraf Wajdi yang menggesa Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tampil secara langsung menjelaskan isu pembukaan operasi perkilangan adalah sesuatu yang dangkal.
Saiful turut mendakwa Asyraf Wajdi tidak faham berhubung rasional kebenaran pengoperasian kilang-kilang terbabit bagi memastikan produktiviti terhasil dengan sempurna.

Sementara itu, Shahril Sufian berkata, perincian yang lebih jelas mengenai sektor perlu diberikan termasuk sektor berkaitan dengan rantaian bekalan global.



“Yang kita faham melalui kenyataan media, selain sektor perlu seperti makanan, aktiviti berkepentingan dalam rantaian bekalan global juga dibenarkan.

“Tapi, tentulah kita berminat mengetahui perinciannya. Contohnya apa aktiviti yang diklasifikasi sebagai berkepentingan dengan rantaian bekalan global? Barangkali hampir semua kilang pun ada kepentingan dalam sesuatu rantaian nilai bekalan. Sebab itu namanya kilang.

“Minta Menteri Ekonomi (Mohamed Azmin) muncul di kaca televisyen adalah wajar kerana terlalu banyak persoalan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sektor dan industri yang selama ini tidak dijelaskan oleh pemimpin yang diamanahkan,” ujar beliau.



Tambahnya, gesaan Asyraf Wajdi itu juga merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa UMNO tidak bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sinar

Armada Biadap : Memang tugas menteri untuk jawab soalan


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


‘Otak di lutut’, pemimpin Pemuda Bersatu hentam Pemuda Umno


Sebaran :


Leave a Reply