Mysejahtera : Syahredzan pertikai penjelasan alamat salah oleh Khairy
Peguam Syahredzan Johan mempertikaikan penjelasan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bahawa pemilihan alamat menjadi punca ada individu diberi janji temu vaksin di negeri lain.
Terdahulu, Khairy menjelaskan apabila individu memasukkan kawasan tempat tinggal mereka, Google Maps API akan menyenaraikan semua lokasi dengan nama sama dan sesetengah pengguna mungkin memilih alamat pertama dalam senarai, walaupun ia adalah alamat yang salah.
Dia memberi contoh seseorang yang tinggal di Taman Bahagia, Kuala Lumpur mungkin secara tidak sengaja memilih Taman Bahagia, Sandakan.
Syahredzan sebelum ini membangkitkan isu tersebut apabila ibu saudaranya yang tinggal di Johor diberi janji temu pemberian vaksin di Subang Jaya.
Mengulas penjelasan Khairy, Syahredzan yang juga setiausaha politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang, berkata makciknya pasti poskod dipaparkan adalah di Johor.
“Untuk rekod, ini bukan yang terjadi dengan mak sedara saya. Dah siap pastikan poskodnya di Johor,”kata Syahredzan dalam catatan di Twitter hari ini.
Dia juga menyiarkan tangkapan layar di MySejahtera pada hari ibu saudaranya mendaftar permohonan vaksin yang menunjukkan butiran alamat semasa adalah di Johor.
blockquote class=”twitter-tweet”>
Ni masa daftar hari tu. pic.twitter.com/qbFaUpKjdX
— Syahredzan Johan (@syahredzan) May 31, 2021
Sementara itu, seorang wanita yang tinggal bersama ibunya yang berusia 83 tahun di Ipoh, Perak memberitahu Malaysiakini bahawa ibunya diberikan janji temu vaksin di negeri yang salah sebanyak dua kali.
Rashimah Muslim berkata dia dan kakaknya menjaga ibu mereka yang terlantar sakit tanpa mendapat sebarang bantuan.
Mereka mendaftarkan permohonan vaksin pada Februari menggunakan alamat mereka di Ipoh, tetapi pada April, MySejahtera memaklumkan ibu mereka diberi janji temu pada 3 Mei di pusat pemberian vaksin (PPV) di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang, Selangor.
Mereka kemudian menghubungi talian bantuan, yang memanjangkan perkara itu kepada pasukan petugas vaksin Perak.
“Kami menunggu lagi dan akhirnya memutuskan untuk ke PPV Stadium Indera Mulia (di Ipoh, Perak). Tidak ada yang dapat menolong kami di situ atau memberi kami jawapan yang betul untuk menyelesaikan kesilapan tersebut.
“Kami pulang dan tunggu lagi. Akhirnya, kami buat keputusan untuk mendaftarkannya semula walaupun mereka memarahi kami agar tidak melakukannya,”kata Rashimah.
Dua hari lalu, mereka menerima pemberitahuan lain dan kali ini, ibu mereka diberi janji temu vaksin di Cyberjaya pada 3 Jun.
“Kami menghantar aduan kepada Khairy tetapi tentu saja kami tidak mengharapkan untuk dia membalasnya kerana dia sibuk berkeliling negara untuk membina PPV baru,” katanya.
Pada masa itu, dia berkata mereka buntu dan tidak tahu bagaimana cara lain agar ibu mereka diberi vaksin.
Rashimah kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa mereka kembali ke PPV Stadium Indera Mulia, di mana mereka menemui seseorang yang menyelesaikan masalah tersebut dan meminta maaf kepada mereka.
Mereka kemudian menerima pemberitahuan mengenai janji temu vaksin baru ibu mereka di Stadium Indera Mulia hari ini.
Walaupun pemberian vaksin kepada ibu mereka telah selesai, Rashimah berkata prosesnya terlalu sukar dan membebankan.
“Talian bantuan tak membantu kerana ia tidak bersambungan ke MySejahtera. Mereka tak boleh tengok alamat yang kami masukkan dan mereka tidak dapat selesaikan masalah dengan segera, mereka hanya dapat panjangkannya ke pusat vaksin Perak, ”katanya, sambil menambah mereka menunggu lama untuk bercakap dengan operator.
Dia juga mengadu orang kurang upaya dan orang tua terlalu sukar mendapat vaksin.
“Mengapa mesti mereka datang ke pusat vaksin, mengapa bukan sebaliknya?” katanya. Mk
Rakyat Malaysia kecewa, keliru janji temu vaksin MySejahtera
You must be logged in to post a comment.