Budak lelaki kantoi alih CCTV sehingga panjat rumah

Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki mengalihkan pandangan telivisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah teres dua tingkat.

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki mengalihkan pandangan televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah teres dua tingkat menimbulkan kegusaran orang ramai.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial kacakterpaksa, kelihatan kanak-kanak tersebut mengalihkan kedua-dua CCTV, kiri dan kanan di bahagian depan rumah berkenaan.

Ekoran CCTV di sebelah kiri terlalu tinggi, kanak-kanak tersebut dilihat dengan berani telah memanjat ke dalam rumah bagi menjayakan misinya.

Bagaimanapun, lokasi dan bila rakaman itu diambil tidak dapat dikenal pasti.



Dalam pada itu, si perakam yang merupakan jiran rumah terbabit telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak komuniti bagi tindakan selanjutnya.

“Video ini dirakam sebelum kami jerit dan tegur budak-budak yang cuba mengalihkan pandangan CCTV rumah jiran kami. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada pihak komuniti di sini,” katanya menerusi video yang dimuat naik hari ini.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai melahirkan kegusaran sekiranya terdapat golongan dewasa di sebalik kejadian tersebut yang mana ia boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

“Takut ada orang dewasa yang menyuruh budak-budak ni. Senang nak buat kerja, perhatikan sahaja. Tunjuk bukti ni kepada polis dan biar mereka buat kerja,” kata Nar.



“Kalau aku masa dia masuk tu sergah sahaja. Tahan dia dekat dalam dan hubungi polis. Biar berakal sikit,” ujar Carl.

“Adoi, takutnya macam ni. Macam mana nak duduk rumah dekat taman nanti ni,” seloroh Yanti

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker