Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal – Analisis Data

Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal - Analisis Data

Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal – Analisis Data

Antara 19 Negara di Seluruh Dunia.

BERPULUH negara kini dilaporkan berdepan masalah kekurangan bekalan oksigen yang teruk kerana peningkatan kes Covid19, sekali gus berdepan risiko sistem kesihatan lumpuh sepenuhnya.

Biro Kewartawanan Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Every Breath Counts Coalition, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Path dan Clinton Health Access Initiative (CHAI) untuk mengenal pasti negara-negara yang paling berisiko kehabisan bekalan oksigen.

Ia juga mengkaji data mengenai kadar vaksinasi global.

Menerusi analisis tersebut, 19 negara di seluruh dunia termasuk India, Argentina, Iran, Nepal, Filipina, Malaysia, Pakistan, Costa Rica, Ecuador dan Afrika Selatan – dianggap paling berisiko setelah mencatat peningkatan kes sejak Mac dengan sekurang-kurangnya kenaikan 20 peratus dan dalam masa sama kurang dari 20 peratus populasi penduduknya yang mengambil vaksin.

Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal - Analisis Data

Terdapat kebimbangan negara-negara Asia lain seperti Laos turut berisiko, juga negara-negara Afrika termasuk Nigeria, Ethiopia, Malawi dan Zimbabwe yang mempunyai sistem pemberian oksigen kurang matang, yang bermaksud peningkatan kecil mungkin menimbulkan masalah besar

Sebilangan besar negara-negara ini menghadapi masalah bekalan oksigen sebelum wabak melanda, kata koordinator Every
Breath Counts Coalition, Leith Greenslade.

Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal - Analisis Data

Pertambahan keperluan oksigen

Pertambahan keperluan oksigen sistem kesihatan berdepan masalah.

“Situasi tahun lalu, dan sekali lagi pada Januari tahun ini di Brazil dan Peru, seharusnya menjadi amaran kepada kita.

“Tetapi dunia tidak menyedarinya. Kita seharusnya tahu ia akan berlaku kepada India setelah melihat apa yang berlaku di Amerika Latin. Dan sekarang lihat kepada Asia, kita harus tahu ini akan berlaku di beberapa bandar besar di Afrika,” katanya.

Bercakap kepada biro, Robert Matiru, yang memimpin Covid-19 Oxygen Emergency Taskforce berkata: “Kita mungkin akan melihat sistem kesihatan runtuh sepenuhnya, terutama di negara-negara dengan sistem yang sangat rapuh.”

Hospital-hospital di India telah melaporkan kekurangan bekalan oksigen yang ketara ketika negara itu menghadapi gelombang kedua pandemik.

Pada pertengahan Mei, India memerlukan tambahan 15.5m meter padu oksigen sehari hanya untuk pesakit Covid-19, lebih 14 kali ganda daripada yang diperlukannya pada Mac, menurut analisis biro.

Barisan pakar juga bimbang dengan negara-negara jiran India – Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Myanmar yang ada di antaranya bergantung pada oksigen dan peralatan buatan India.

“Anda bayangkan jika mereka mula menunjukkan peningkatan sama, maka itu akan menjadi lebih buruk lagi, kerana India memerlukan kesemua bekalan,” kata naib presiden ubat-ubatan penting di CHAI, Zachary Katz.

Data biro menunjukkan bahawa Nepal kini memerlukan lebih dari 100 kali ganda bekalan oksigen daripada yang diperlukan pada bulan Mac. –The Guardian UK

  Malaysia Berisiko Lumpuh Sepenuhnya Pada Sistem Kesihatan Jika Pandemik Tak Terkawal – Analisis Data


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Berjam-jam Keluar, Rayu Untuk Bekalan Oksigen… Akhirnya Dapat Tahu Ibu Sudah Tiada

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker