Doktor terpaksa utama pesakit kadar pulih lebih tinggi kerana katil ICU penuh, kata Noor Hisham


Doktor mungkin perlu mengutamakan pesakit Covid-19 dengan peluang pemulihan lebih tinggi akibat tekanan dihadapi sistem kesihatan disebabkan lonjakan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Twitter malam tadi, yang merekodkan angka korban tertinggi dengan 98 kematian, berkata ini adalah hakikat sedih yang dihadapi hospital.

“Apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis),” katanya.

Dalam catatan berasingan, beliau menekankan peningkatan jumlah kematian dalam kadar cepat akibat Covid-19.

“Sembilan puluh lapan kematian hari ini (semalam), membawa jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 ke angka 2,650. 471 kematian berlaku pada 2020 dan 2,179 kematian pada 2021.

“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1,144 kematian dilaporkan, iaitu jumlah kes kematian bulanan yang tertinggi setakat ini.”

Kes harian Covid-19 mencatatkan rekod untuk lima hari berturut-turut, dengan 9,020 dilaporkan semalam.

Begitu juga 98 kematian yang dilaporkan semalam, memecahkan rekod 63 kematian yang dicatatkan pada 26 Mei lalu.

Kadar penggunaan katil ICU di Lembah Klang cecah 113 peratus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker