Kadar penggunaan katil ICU di Lembah Klang cecah 113 peratus

Sebaran :


Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Lembah Klang mencecah 113 peratus akibat peningkatan jumlah pesakit Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Bagi menampung peningkatan ini, hospital-hospital terpaksa menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu.

“Bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dia juga memaparkan statistik kapasiti penggunaan katil ICU di pelbagai hospital.

Hospital Sungai Buloh yang merupakan hospital utama merawat pesakit Covid-19 di Lembah Klang misalnya, menyaksikan kadar penggunaan katil ICU mencecah 111 peratus setakat semalam.

Hospital berkenaan mempunyai 80 katil ICU tetapi mengendalikan 89 pesakit Covid-19 yang kritikal.

Hospital lain termasuk Hospital Kajang, Hospital Banting, Hospital Serdang, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah dan Hospital Ampang yang beroperasi dengan kapasiti katil ICU antara 113 peratus hingga 317 peratus.

Semua hospital Lembah Klang yang lain juga mempunyai kapasiti ICU lebih daripada 80 peratus kecuali hospital Selayang yang mencapai 73 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan rakyat Malaysia untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada SOP.

“Majikan diseru untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya.

Di luar Lembah Klang, kadar penggunaan katil ICU di semua negeri juga mencatatkan kapasiti melebihi 70 peratus kecuali di Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan. Mk

Katil wad ICU di Sarawak penuh


Sebaran :

Leave a Reply