Kanak-kanak parah dilanggar ketika melintas jalan


KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun parah selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Jalan Kampung Delek Kanan di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan di limpa dan usus.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Kembara dipandu wanita berusia 21 tahun dalam perjalanan ke rumahnya di kampung terbabit.

“Tiba-tiba mangsa secara melulu melintas jalan menyebabkan kenderaan dipandu wanita terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar kanak-kanak itu.

“Pemandu itu juga telah menekan brek kecemasan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar

Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar di depan rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker