Pesakit Covid-19 tahap 4, 5 kini 15%, kata menteri


Sebanyak 15% pesakit Covid-19 yang direkodkan ketika ini berada pada tahap 4 dan 5, berbanding hanya 5% sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata pesakit tahap 4 mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen manakala sekiranya berada pada tahap 5, pesakit perlu diventilasi.

Beliau berkata, terdapat kes di mana pesakit yang pada mulanya tidak bergejala dan dibenarkan menjalani kuarantin kendiri di rumah tetapi berada di tahap 4 dan 5 selepas itu.

“Bagi mereka yang berada (kuarantin) di rumah, pada mulanya tidak bergejala tetapi terus berada di tahap 4 dan 5 supaya segera terus ke hospital,” katanya pada sidang media.

Pesakit tahap 5 adalah tahap jangkitan yang kritikal di mana kebanyakan organ lain dalam tubuh sudah mula terjejas akibat jangkitan Covid-19.

Mengulas lanjut, Adham berkata, gelombang ketiga penularan Covid-19 menyerang golongan muda dengan majoriti mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Berbanding gelombang sebelum ini yang menyerang warga emas, trend peningkatan jangkitan ketika ini adalah mereka yang muda bawah 40 tahun,” katanya.

Ketika ditanya adakah kerajaan bercadang mengenakan penalti terhadap mereka yang gagal hadir mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV), Adham berkata KKM akan berbincang bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) terlebih dahulu.

“Mengenai penalti itu, kita akan bincang dalam JKJAV kerana makluman perlu diteruskan kepada masyarakat bahawa vaksin ini diberi percuma,” katanya.

Jabatan Kesihatan Kelantan baru-baru ini dilaporkan berkata hampir 10,000 penduduk negeri itu gagal hadir menerima vaksin Covid-19 atas alasan masalah kesihatan dan ingin menunda tarikh lain.

Terbaru, lebih 3,000 orang tidak hadir di Perlis untuk menerima suntikan vaksin itu.

Sementara itu, mengulas mengenai jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima vaksin, beliau berkata seramai 215 orang dijangkiti selepas menerima satu dos manakala seramai 97 orang yang sudah melengkapkan dua dos.

“Negeri paling ramai mencatatkan jangkitan adalah dari Selangor, Kelantan dan Kedah. Bagaimanapun, petugas yang dilaporkan dijangkiti tidak bergejala teruk berbanding mereka yang belum divaksin,” katanya.

Setakat semalam, negara merekodkan 7,478 kes Covid-19 dengan 66,208 daripadanya adalah kes aktif. FMT

Katil ICU hanya tinggal 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker