Apa maksud kerajaan dengan ‘lockdown’ kendiri ?
Rakyat digalakkan mengamalkan kawalan kendiri (self lockdown) bagi memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan (KKM) membuat kesiapsiagaan termasuk mengumpul bekalan serta menyusun atur wad untuk rawatan pesakit COVID-19.
Inilah yang mesej disampaikan kepada rakyat dalam berbagai medium media.
Persoalan ?
1. Sekiranya seorang pekerja yang mahu lakukan lockdown kendiri, dapatkah dia bercuti selama dua hingga tiga minggu ? Majikan mahu beri cuti bergaji ke?
2. Sekiranya seorang peniaga mahu lakukan lockdown kendiri, siapa nak tanggung kerugiannya selama dua hingga tiga minggu ? Ada bantuan dari kerajaan ke ?
3. Adakah dengan saranan ini semua akan mematuhinya ?
Sepatutnya kerajaan lakukan total lockdown sekarang ini seperti PKP 1.0. Sewaktu negara hanya mempunyai kes di bawah 300, total lockdown dilaksanakan. Sekarang ini kes yang semakin hampir kepada 5 angka digalakkan lakukan lockdown kendiri.
Hospital penuh dengan pesakit, ICU penuh, frontliner dah separuh mati bekerja siang dan malam, nak tunggu apa lagi.
Jangan hanya fikir nak jimat duit dan ekonomi sahaja, nyawa manusia lagi penting. Sekarang ini hampir 50 kematian setiap hari.
Darurat yang dibuat kononnya untuk kawal penularan wabak Covid-19 ini ternyata gagal. Rakyat makin fed up sehingga hashtag #kerajaangagal dan #kerajaanbodoh menjadi trending.
Malu apa lagi kerajaanku.
You must be logged in to post a comment.