Mufti Perak masih di ICU, isteri sudah pulih dari Covid

Keluarga Tan Sri Harussani Zakaria menafikan mesej tular kononnya isteri kepada Mufti Perak meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19.

Anak kepada Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi sebaliknya berkata, ibunya itu semakin pulih dan kini sedang berehat di rumah.

“Berita tular itu palsu. Emak sudah semakin pulih dan kini berada di rumah. Hanya ayah yang berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini bagi mendapatkan status terkini kesihatan Mufti Perak dan isteri.



Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim meminta orang ramai mendoakan kesembuhan Mufti Perak itu.

“Setakat ini, Tan Sri masih dirawat manakala isteri dan anaknya telah keluar (hospital). Kita sama-sama doakan kesembuhan beliau,” katanya.

Terdahulu, berita kematian Puan Seri Ainon Abdul Ghani itu tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa disebabkan wabak Covid-19.



Harussani dan isteri sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah disahkan positif Covid-19 dan mereka dikatakan dirawat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu, tular satu mesej di WhatsApp menyatakan Mufti Perak itu positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, bagaimanapun beliau dilaporkan masih sedar. -K! ONLINE

Mufti Perak dan isteri positif Covid-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker