Ayah Bella Hadid Dedah Pernah Dilayan Kejam Oleh Yahudi Israel


Sejak berlakunya pertempuran darah di bumi Palestin, ramai di kalangan selebriti dan personaliti media sosial antarabangsa telah mengutuk kekejaman tentera Zionist terhadap Palestin.

Tidak terkecuali, Mohamed Hadid iaitu ayah kepada Bella Hadid dan Gigi Hadid yang turut lantang bersuara mengenai ketegangan konflik penjajahan yang berlaku di Palestin ketika ini.

Dalam pada itu, Mohamed Hadid yang dilahirkan pada tahun 1948 di Nazareth, Palestin dan berketurunan darah Raja Palestin turut berkongsi kisah duka bagaimana beliau yang pada ketika itu berusia lebih kurang sebulan serta ahli keluarganya terpaksa menjadi pelarian setelah rumah dan tanah milik mereka dirampas oleh keluarga Yahudi Israel.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Hadid baru-baru ini mengimbau kembali kisah bagaimana ibu dan ayahnya menjadi pelarian setelah rumah mereka dirampas oleh keluarga pelarian Yahudi yang ‘tidak mengenang budi’.


“Pada tahun 1946, ibu dan ayah saya telah menjemput keluarga pelarian Yahudi untuk tinggal bersama di rumah kami di Safad.

“Kami ambil mereka sebagai tetamu, namun tiada gunanya setelah rumah kami dirampas oleh keluarga Yahudi berkenaan pada tahun 1948. Kami kemudiannya menjadi pelarian dan mengembara ke Syria, Lubnan, Tunisia sebelum menetap di Amerika Syarikat.

“Ayah saya, Babba Anwar Hadid, pernah berpesan supaya jangan membenci Yahudi kerana satu hari pasti ada sinar kedamaian untuk Palestin,” tulis Mohamed Hadid bagi kapsyen fotonya yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Memiliki Darah Keturunan Diraja Palestin

Mohamed Hadid dikatakan mempunyai darah keturunan darah Raja Palestin iaitu ahli keluarga dari sebelah ibunya, Yang Amat Mulia Puteri Khairiah Daher Hadid. Berdasarkan rekod, Ibunya merupakan waris keturunan Putera Daher al-Omar atau juga mesra dengan nama Zahir al-Umar.

Berdasarkan buku Zahir al-‘Umar and the First Autonomous Regime in Ottoman Palestine (1974-1975), Zahir al-Umar dicatatkan sebagai seorang pemimpin wilayah yang paling terkenal di wilayah Syria semasa zaman kerajaan Kesultanan Uthmaniyah pada abad ke. Khabarnya, baginda seorang yang kaya-raya kerana pernah membuka perniagaan penghasilan kapas dan minyak zaitun.

Selain itu, baginda (tempoh hayat 1690-1775) juga pernah mentadbir wilayah Nazareth dan Galilee di bawah takluk kerajaan Uthmaniyah. Lantaran itu, baginda telah mendapat gelaran sebagai Raja Galilee dan Putera Nazareth. Namun kini, kedua-dua kawasan tersebut telah pun dijajah dan menjadi milik Zionist.


ZAHIR AL-UMAR YANG JUGA HEBAT DALAM BIDANG KETENTERAAN DAN EKONOMI.


MASJID OMARI YANG DIBINA OLEH ZAHIR AL-UMAR DI TIBERIAS, GALILEE

Begitulah sedikit gambaran bagaimana kejamnya layanaan keluarga Yahudi Zionist terhadap kerabat Diraja Palestin atau lebih tepat ahli keluarga Muhamed Hadid.

Maka tidak hairan, mengapa supermodel Bella Hadid lantang bersuara mempertahankan Palestin kerana negara tersebut merupakan tanah tumpahnya darah Zahir al-Umar, salah seorang kerabat Diraja Palestin dan moyang bagi keluarga Hadid. Vc

Bella Hadid Diugut Bunuh, Kontrak Tamat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker