[VIDEO] ‘Hujan Elektrik’ di Rusia

MOSCOW – Orang awam yang melalui sebatang jalan di Saint Petersburg, Rusia terkejut apabila tiba-tiba ‘hujan elektrik’ turun selepas kilat menyambar wayar elektrik di kota raya itu, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu dan dirakam oleh sistem televisyen tertutup (CCTV) di lokasi tersebut.

Menerusi rakaman itu, silauan cahaya kelihatan menerangi beberapa orang awam yang berjalan di sebuah persimpangan di kota metropolitan tersebut.

LIHAT VIDEO DI BAWAH:-

Guruh yang kuat menyusul tidak lama kemudian.

Percikan hujan elektrik kemudian dilihat di jalan itu lantas menyebabkan orang awam berhenti kerana terkejut.

Satu lagi video yang dirakam dari jarak jauh menunjukkan letupan besar berlaku semasa kejadian.

Seorang saksi berkata, kejadian itu amat menakutkan.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu. -Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker