Kemenangan pejuang Palestin perlu jadi ibrah buat umat Islam
Kemenangan pejuang Palestin perlu jadi ibrah buat umat Islam
Persiapan sehabis baik, tawakal mampu tewaskan gerakan gergasi dunia yang sombong
BANGI, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Kemenangan yang diraih pejuang Palestin selepas 11 hari diserang rejim pengganas Israel wajar dijadikan ibrah oleh umat Islam.
Terdahulu, pejuang Palestin meraikan kemenangan selepas pengganas Israel secara rasmi menerima cadangan Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat.
Keputusan rejim Tel Aviv itu secara tidak langsung memberi isyarat kemenangan kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan tentera Briged al-Qassam.
Ia juga kejayaan buat seluruh penduduk Palestin, khususnya di Gaza dan Baitulmaqdis serta umat Islam dan penyokong perjuangan Palestin di seluruh dunia.
Bahkan Wanita Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) turut tidak ketinggalan meraikan kemenangan umat Islam Palestin.
Sambil mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan tersebut, Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin turut merakamkan ucapan tahniah.
“Tahniah untuk saudara-saudara kita di Palestin atas kemenangan gilang gemilang ini.
“Marilah kita mengambil ibrah dan pengajaran daripada kejayaan ini. Kerja yang bersungguh-sungguh, pengorbanan yang tinggi dan keimanan yang bulat kepada Allah SWT adalah syarat utama kejayaan.
“Dengan persiapan sehabis baik dan tawakal yang tinggi ini, tidak mustahil kumpulan yang kecil mampu menewaskan gerakan gergasi dunia yang sombong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun media melaporkan, kurang 24 jam selepas gencatan senjata dipersetujui di antara Israel dan Hamas, polis negara pengganas itu kembali menyerang perkarangan Masjid al-Aqsa.
Bukan setakat menyerang, mereka turut melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin selepas solat Jumaat.
Pertubuhan Bulan Sabit Merah di Baitulmaqdis melaporkan, 20 cedera ekoran daripada serangan tersebut.
Kemenangan pejuang Palestin perlu jadi ibrah buat umat Islam
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
PKP 3.0: Kerajaan dituntut umum moratorium automatik