Gara-Gara Sakit Perut, Pemandu Kereta Api Laju Minta Konduktor Pandu

Gara-Gara Sakit Perut, Pemandu Kereta Api Laju Minta Konduktor Pandu

 

Gara-Gara Sakit Perut, Pemandu Kereta Api Laju Minta Konduktor Pandu

TOKYO – Gara-gara pergi ke tandas selama beberapa minit, seorang pemandu kereta api laju atau bullet train di Jepun berdepan tindakan tatatertib kerana membiarkan pengangkutan awam tersebut dikendalikan oleh seorang konduktor semasa ketiadaannya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Pemandu yang tidak dinyatakan identitinya itu meminta seorang konduktor yang tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan kereta api Shinkansen itu. Semasa kejadian tren bergerak dengan kelajuan 150 kilometer sejam.

Kejadian itu berlaku di wilayah Shizuoka pada Ahad lepas ketika kereta api tersebut membawa seramai 160 penumpang.

Pemandu berusia 36 tahun itu mengalami sakit perut dan perlu menggunakan tandas dengan segera.

Dia kemudian memanggil seorang konduktor untuk masuk ke ruang pemanduan bagi mengendalikan kereta api tersebut sebelum menggunakan tandas di bahagian gerabak penumpang selama tiga minit.

Meskipun tidak mengganggu perjalanan, syarikat pengendali kereta api tersebut, Central Japan Railway Company (JR Central) telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasan dan membuat permohonan maaf.

Ini kerana menurut peraturan syarikat, jika pemandu kereta api berasa tidak sihat, mereka perlu menghubungi pusat kawalan pengangkutan.

Mereka juga dibenarkan meminta bantuan konduktor untuk mengendalikan kereta api, namun dengan syarat konduktor tersebut mestilah mempunyai lesen memandu pengangkutan awam tersebut.

“Itu merupakan satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kami meminta maaf,” ujar seorang pegawai kanan JR Central, Masahiro Hayatsu.

Kedua-dua pemandu kereta api dan konduktor berkenaan kini berdepan  tindakan disiplin.

Pegawai kanan Masahiro Hayatsu memberitahu wartawan: “Ini adalah tindakan yang sangat tidak wajar. Kami meminta maaf.”

Kereta api yang terkenal di Jepun dikawal ketat dengan standard keselamatan yang tinggi, dan kemalangan kereta api jarang berlaku.

Kejadian besar terakhir berlaku pada tahun 2005 ketika sebuah kereta api tergelincir di kota barat Amagasaki, membunuh 107 orang.

Shinkansen, yang merupakan jaringan kereta api peluru Jepun, tidak pernah mengalami kecelakaan dalam sejarah 57 tahun.-BBC

Gara-Gara Sakit Perut, Pemandu Kereta Api Laju Minta Konduktor Pandu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kereta Api Laju Tahan Cuaca Ekstrem

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker