Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19
Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19
PETALING JAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama tiga minggu tanpa ada pergerakan manusia di luar rumah kecuali sakit dan mempunyai urusan di hospital, antara perkara yang akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.
Difahamkan, cadangan tersebut yang dipercayai dipertimbangkan dalam mesyuarat itu merupakan langkah drastik untuk mengekang jangkitan Covid-19 yang mencecah 6,806 kes dengan 59 kematian, semalam. Setakat ini jumlah kes positif adalah seramai 492,302 orang.
Malah, usul serupa turut dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang senada dengan pakar-pakar kesihatan awam supaya ia dikuatkuasakan segera.
Dalam blog beliau semalam, Dr. Mahathir berkata, kuarantin kendiri di rumah mesti dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan. Malah polis dan tentera digesa bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau melakukan perkara-perkara lain.
Beliau turut meminta kerajaan supaya menanggung kos tertentu termasuk menyediakan makanan yang secukupnya untuk seluruh rakyat sekiranya PKP penuh dikuatkuasakan.
Kerajaan perlu terima tanggungjawab
Malah, katanya, langkah menyekat pergerakan orang ramai di rumah membawa erti mereka tidak ada duit untuk berbelanja dan tidak mempunyai makanan.
“Kerajaan perlu terima tanggungjawab untuk pastikan rakyat terus hidup. Bagi makanan, mestilah ada dapur awam di mana makanan disediakan, dibungkus dan dihantar ke rumah,” kata Dr. Mahathir.
Beliau berkata, kuarantin kendiri di rumah juga mesti dilanjutkan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan di samping polis dan tentera digesa bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau melakukan perkara-perkara lain.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta (APHM) Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, beliau bimbang peningkatan kes positif yang mendadak pada satu tahap menyebabkan doktor terpaksa memilih siapa yang berpeluang untuk meneruskan kehidupan atau sebaliknya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, walaupun kes jangkitan di Malaysia masih jauh berbanding negara-negara lain, tidak mustahil, situasi kritikal yang sama juga bakal berlaku jika pesakit Covid-19 dalam kategori tiga, empat dan lima jauh lebih tinggi.
“Kalau pesakit dalam tiga kelas ini lebih ramai, ya, kita boleh sampai ke tahap kritikal seperti di negara-negara lain sebab kita tiada fasiliti yang cukup melibatkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU), katil pesakit di hospital kerajaan dan swasta. Cuma, saya berharap ini tak berlaku.
“Oleh itu, rakyat kena berhati-hati kerana sekarang dalam negara berdepan dengan tiga varian Covid-19. Jika kes terus naik dan orang ramai berdegil tak mahu ikut SOP, jangan hairan masalah jangkitan tidak selesai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Peningkatan mendadak jangkitan Covid-19
Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 sudah dijangka selepas operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan sebelum ini walaupun pelbagai usaha bagi membendung penularan sudah dilaksanakan.
“Ini sudah terbukti dengan keadaan sebelum Hari Raya Aidilfitri kes terus meningkat dan kemuncaknya adalah semalam apabila angka menunjukkan yang paling tinggi.
“Dari awal lagi Perdim menetapkan kerajaan perlu bertegas soal ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat secara menyeluruh. Paling tidak pun, kerajaan bertindak lebih agresif untuk lockdown sepenuhnya di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.
Pada 12 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan membelanjakan RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19.
Jumlah itu masing-masing melibatkan RM340 bilion bagi pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan. – UTUSAN
Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19
[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Jangan salah faham hukum tinggal solat Jumaat tiga kali – Zulkifli
You must be logged in to post a comment.