Resepi Kobis Goreng Mamak : Resepi Che Nom

Resepi Kobis Goreng Mamak
Resepi Kobis Goreng Mamak

Kobis Goreng Ala Mamak
Masa Penyediaan: 5 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak yang sangat mudah disediakan. Oleh kerana suka sangat makan sayur yang dimasak macam ni kat kedai mamak, jom cuba masak sendiri dan hasilnya sangat sedap.

Bahan utama dalam menu ini ialah biji sawi yang boleh didapati di kedai runcit atau pasaraya biasa. Boleh campur dengan kobis atau hirisan kacang panjang jika suka.

Bahan-Bahan:

1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):

3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.

Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:

Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.

Resepi Che Nom

Resepi Kobis Goreng Mamak


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET  


Resepi puding batik sedap sangat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker