Kecewa Dilabel Model Bogel.. ‘Apa Salah Saya?’ – Miss Universe Malaysia
Kecewa Dilabel Model Bogel.. ‘Apa Salah Saya?’ – Miss Universe Malaysia
Miss Universe Malaysia bagi tahun 2020, Francisca Luhong James menerusi Instastory di laman Instagram meluahkan rasa kecewa dan hampa apabila profilenya di Google telah dikemas kini menjadi nude model (model bogel).
Tak ada kerja nak buat?
Foto: Astro Gempak
Gadis cantik kelahiran Sarawak ini mempertikaikan tindakan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab sesuka hati berbuat demikian. Perkara tersebut secara tidak langsung akan mencalarkan imejnya sebagai Miss Universe Malaysia.
Korang tak ada kerja lain ker nak buat? Apa ni? Kenapa sanggup buat begini pada saya dan kunci informasi ini? Apa salah saya pada kamu dan keluarga kamu? Cukup-cukuplah cyberbully saya. Apa kelebihan yang korang dapat?
Pada masa yang sama, dia turut memberikan peringatan kepada orang ramai untuk menghentikan aktiviti buli siber yang akan memberi kesan terhadap emosi mental seseorang itu. Terdahulu, Francisca merupakan kaum Dayak pertama yang berjaya memperoleh gelaran Miss Universe Malaysia.
Sudah dibuang
Bagaimanapun, hasil pencarian pihak OHBULAN! sebentar tadi menerusi carian di Google mendapati gelaran nude model (model bogel) tidak lagi digunakan kepada Francisca.
Sumber: Francisca Luhong James via Astro Gempak
Kecewa Dilabel Model Bogel.. ‘Apa Salah Saya?’ – Miss Universe Malaysia
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.