Suara Palestin Jokowi didakwa ‘Tiada Nilai dan Impak’
JAKARTA – Pemerhati politik Indonesia, Rocky Gerung mendakwa bahawa suara Presiden Joko Widodo atau Jokowi tidak memberi sebarang impak dalam konflik Israel-Palestin, lapor portal berita Suara.com semalam.
Dia mendakwa bahawa Jokowi kurang tidak dikenali dan tidak disegani oleh pemimpin dunia lain berikutan kegagalannya hadir dalam banyak persidangan penting antarabangsa.
Selain itu, penglibatan kurang aktif Jokowi dalam isu Asia Barat juga menjadikan pengaruhnya tidak sekuat pemimpin Indonesia terdahulu.
“Ini adalah kelemahan Indonesia sekarang apabila pemerintah kita tidak digeruni atau dikenali di peringkat antarabangsa.
“Suara pemimpin Indonesia sebelum ini dipandang tinggi kerana diyakini mampu menyumbang kepada jalan perdamaian tetapi kini, tidak lagi,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan di laman YouTube.
Dia kemudian membandingkan era Jokowi dengan presiden sebelumnya termasuk Soeharto, Habibie dan Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY.
“Profil antarabangsa kami sangat kuat pada zaman Soeharto, Habibie dan SBY kerana suara kami masih dipertimbangkan,” katanya.
“Sekarang pemerintah kita tidak mahu berinteraksi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, tidak ada yang tahu siapa Jokowi di forum antarabangsa,” katanya.- Agensi
Aman dan Halal: Jokowi terima suntikan pertama vaksin Sinovac