Meerqeen enggan tewas

Meerqeen enggan tewas

KEJAYAAN drastik yang mengiringi perjalanan seni pelakon dan penyanyi, Meerqeen beberapa tahun kebelakangan ini cukup mengagumkan.

Profilnya megah walaupun hayat karier masih hijau. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, tampak berada di landasan betul. Dalam pada nama kian mekar, strateginya menjaga reputasi juga cukup rapi.

Anak jati Kuala Lumpur ini percaya tanggungjawab dipegang sebagai artis bukan calang-calang cabarannya. Setiap gerak-geri perlu diteliti sebelum dipertonton kepada khalayak.

Meerqeen semahunya enggan ada kelakuan diri mencetus rasa kurang enak di mata umum. Matlamat teratas adalah tidak lain menjadi contoh terbaik dan terpuji kepada masyarakat.

“Memang benar tanggungjawab sebagai anak seni ini cukup besar bebannya. Apa yang kita buat diperhatikan dan seterusnya menjadi ikutan. Sebab itu saya cuba sedaya upaya menjaga diri dan kelakuan supaya tidak menjadi bualan peminat.

“Sejujurnya saya tak mahu menunjukkan contoh tidak baik kepada umum, namun ada kalanya perkara itu berlaku di luar kawalan. Sebagai anak seni, kita bertanggungjawab membentuk masyarakat dengan hal positif,” katanya.

Pelakon siri Nenek Bongkok Tiga itu tidak kisah sumbangan kecilnya dalam industri mampu mencetus inspirasi. Bukan semata-mata menerusi pencapaian gah asalkan impak positif.

“Contohnya, saya minat bidang fesyen dan saya berharap ia memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk berfesyen. Setidak-tidaknya ada perkara baik dari saya yang memberikan inspirasi kepada umum,” katanya.

Dalam tempoh singkat, fenomena dicipta Meerqeen terutama menerusi drama Melur Untuk Firdaus pastinya di luar jangkaan. Selepas itu, bertalu-talu perkara mengisi hari-harinya.

Apatah lagi pada usia terlalu muda sekarang, tentu ada hari di mana dia berdepan titik terendah. Namun, dia enggan tewas dengan emosi kerana yakin hikmah di sebalik situasi begitu.

“Setiap kali berada dalam titik terendah, saya selalu percaya ini adalah ujian, namun percaya segala akan baik baik saja. Bila diuji, ini adalah petanda Tuhan masih menyayangi kita.

“Setidaknya ini adalah tanda untuk saya berfikir sejenak apa kekurangan diri yang perlu diperbaiki,” katanya.

Meerqeen juga sebenarnya insan cukup bertuah kerana keluarganya sentiasa ada di sisi. Bahkan, bukan hal asing jika melihat kedua-dua ibu bapanya hadir menyokongnya di setiap acara.

Dia mengakui keluarga juga yang menjadi nakhoda penting mengemudi dirinya sampai tahap sekarang. Tanpa mereka, dia berasakan dirinya tempang tanpa sandaran kukuh.

“Keluarga adalah tunjang kekuatan saya selama ini. Sebelum terbabit dengan apa-apa pekerjaan, mereka adalah tempat pertama saya rujuk. Hasil daripada perbincangan dengan mereka baru saya buat keputusan mahu terbabit atau tidak dalam projek akan datang.

“Memang benar keluarga sangat membentuk diri saya hari ini. Mereka banyak memberikan nasihat, teguran dan menambah baik segala kekurangan untuk menjadi manusia lebih baik,” katanya.

Namun, Meerqeen juga perlu main peranan sendiri dalam menangani banyak perkara, contohnya kontroversi. Berbekalkan nasihat pengurusan turut membantunya lebih matang.

Baginya setiap dugaan atau hal baharu yang menerpa kerjayanya adalah pembelajaran berharga. Di situ dia perlu mencari titik penyelesaian terbaik bagi elakkan dirinya tersasar.

“Sebagai manusia biasa mengawal situasi menjadi keutamaan yang diterapkan pihak pengurusan. Mereka banyak mengajar saya bersabar dan memahami keadaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan sebagainya.

“Sebenarnya banyak juga kontroversi yang melanda sejak dulu. Tapi, saya yakin setiap hari adalah proses pembelajaran dan saya perlu menghadapi situasi terbabit dengan berhemah,” katanya.

Tak henti tonjol keupayaan diri

Bercakap mengenai bidang lakonan, Meerqeen berkata, sebenarnya ia terlalu luas untuk diceritakan. Untuknya yang masih baharu, masih banyak peluang yang perlu direbut bagi meningkatkan mutu diri.

“Saya sendiri menyasarkan beberapa perkara dari semasa ke semasa untuk membuktikan keupayaan diri. Memang benar pembelajaran amat penting untuk menjadi anak seni yang bermutu.

“Jika tidak ada halangan saya akan menyambung pelajaran dalam bidang lakonan pada masa hadapan termasuk kursus jangka pendek dan sebagainya. Itu memang sudah ada dalam perancangan,” katanya.

Dalam pada itu, Meerqeen juga sangat bersyukur dengan perjalanan yang dilalui sepanjang tahun lalu. Ia terlalu indah untuk dilerai satu persatu termasuk terbabit dalam muzik video (MV) di Indonesia.

“Banyak kenangan manis dicipta bersama dengan mereka yang lain demi untuk membangunkan industri seni khususnya. Saya belajar banyak perkara baharu apabila terbabit dengan projek baharu.

“Dan secara tidak langsung menjadikan proses pembelajaran itu berjalan secara berterusan. Bagi saya perkara ini yang memberikan kemanisan sepanjang tahun lalu.

“Selain itu, saya juga gembira apabila terbabit dengan beberapa projek di Indonesia seperti terbabit dengan MV Raisa. Itu juga antara pengalaman baharu dan manis buat saya,” katanya.

Untuk tahun ini, Meerqeen juga bakal membintangi filem Harimau Malaya: The Untold Journey bersama nama handalan lain. Filem itu diarahkan Datuk Afdlin Shauki. HM

Meerqeen enggan tewas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker