Kerana ‘lari’ elak PKPD warga emas jangkiti 7 individu lain


Tindakan seorang warga emas yang positif Covid-19 melarikan diri dari sebelum kawasan kampungnya dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ternyata membawa padah kepada ramai orang.

Menyedari PKPD bakal dilaksanakan, wanita berusia 60-an itu dipercayai meninggalkan rumahnya di Mukim Bunut Susu di Pasir Mas dan menumpang di rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata akibat tindakan warga emas terbabit tujuh individu lain kini dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, perkara itu hanya terbongkar selepas wanita terbabit didapati tiada dalam kampung sedangkan namanya wujud dalam senarai penduduk.

Selepas disiasat didapati wanita terbabit berada di rumah ahli keluarga di kawasan lain dalam daerah Tumpat.

“Susulan itu kami mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat untuk mengesan wanita berkenaan bagi menjalani saringan.

“Apabila keputusan ujian swab keluar pada hari raya kedua dia disahkan positif Covid-19,” katanya.

Terdahulu Zaini meninjau pelaksanaan PKPD di Kampung Pauh Lima, Bachok, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat.

Menurut Zaini pemeriksaan Jabatan Kesihatan Kelantan kemudian mendapati warga emas itu menjadi punca menularkan Covid-19 kepada tujuh ahli keluarganya di Tumpat

“Kami dapati wanita itu keluar dari kampungnya selepas mendengar kawasan itu akan dilaksanakan PKPD, selain dia mendakwa mahu meraikan Aidilfitiri.

“Setakat ini, kami masih mengesan kontak rapat lain bagi menjalankan ujian saringan,” jelasnya. Mk

Lelaki positif COVID-19 lari dari wad, SB turut digerak mencari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker