#SavePalestine: Syukur Dia Masih Hidup..Ashaq Jadi Tumpuan Sheikh Muszaphar

“Syukur dia masih hidup,” luah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sebaik mendapat tahu seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang ditemuinya pada tahun 2014 masih hidup.

Apabila menjadi penduduk di bumi Palestin, nyawa mereka diibaratkan ‘berada di hujung tanduk’ kerana tidak boleh menyangka kekejaman tentera Israel yang boleh menyerang pada bila-bila masa.

Bagi angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau berkongsi rasa syukur apabila mendapat tahu seorang kanak-kanak Palestin yang pernah dikenalinya pada 2014 masih dilindungi Allah SWT daripada sebarang ancaman.

“Nama anak muda ini ialah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah, dia masih hidup. Masya-ALLAH.

Menurut doktor bedah ortopedik itu, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Ashaq kini sudah meningkat remaja dan sudah tentu menjadi salah seorang pemuda yang mempertahankan Baitulmaqdis dan tanah mereka daripada serangan rejim Zionis.



“Syukur dia masih hidup. Nama anak muda ini adalah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah – Dia masih hidup.
“MasyaAllah Semoga Allah melindungi semua rakyat Palestin dalam masa-masa yang sukar ini. Amiinn Ya Rabb,” tulisnya di laman Instagram.

Menerusi posting tersebut, beliau berkongsi foto Ashaq sewaktu dahulu dan terkini dimana kedua-duanya bergambar di hadapan Masjid Al-Aqsa.

Posting berkenaan mendapat pelbagai komen warganet yang turut bersyukur apabila menerima perkhabaran tersebut selain menitipkan doa buat seluruh rakyat Palestin agar dilindungi Yang Maha Esa.

Kekuatan anak2 Palestin



Selalu bantu jemaah kat sana

Alhamdulillah.. moga saudara2 kita dilindungi

Sehingga kini, konflik Palestin-Israel masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun hampir seluruh warga dunia mengutuk tindakan kejam rejim pengganas.-OMM

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor



[VIDEO] #FreePalestine: Israel Kecam Bella Hadid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker