Anwar kecewa polis tahan peserta protes ‘Kerajaan Gagal’
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan penangkapan sekumpulan anak muda dalam kejadian protes terhadap kerajaan di Batu Pahat dan tunjuk perasaan hadapan bangunan parlimen di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Tekanan pihak berkuasa terhadap anak-anak muda yang melakukan protes di hadapan bangunan parlimen bulan lalu turut dikesalkan.
“Saya hargai usaha bingkas para peguam dan ahli parlimen dalam menawar dukungan guaman kepada mereka.
“Apa yang kita saksikan sekarang adalah kegagalan yang nyata kerajaan Perikatan Nasional dalam segenap segi, dan sikap mereka dalam mendepani kritikan dan bantahan semacam ini hanya mencerminkan kelemahan kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini
Sebelum media melaporkan kejadian pada Khamis lalu itu menyaksikan kira-kira 40 orang membuat halangan jalan raya menggunakan motosikal dan kereta selama 15 minit sambil memegang kain rentang bertulis “Kerajaan Gagal” selain turut membakar suar dan mercun.
Susulan itu sehingga hari ini pihak polis menahan seramai 27 individu yang disyaki terlibat dalam insiden berkenaan.
Terdahulu pada 30 April lalu kira-kira 100 orang berbuka puasa di depan pintu masuk bangunan parlimen dalam acara anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat bagi menuntut kerajaan melaksanakan enam perkara, termasuk memanggil sidang parlimen.
Dalam perkembangan itu Anwar yang juga presiden PKR menegaskan keengganan kerajaan untuk mengadakan sidang parlimen amat dikesali sementara proses demokrasi terus diinjak dan dinodai.
“Saya yakin sentimen bantahan seperti ini akan terus merebak,” tambah anggota parlimen Port Dickson itu.
Farahdhiya dedah terima gambar ‘anu’ yang diletak atas mukanya
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.