Haramkan pelitup muka, PPE mengandungi graphene, kata CAP


Kerajaan digesa mengharamkan penggunaan pelitup muka dan peralatan perlindungan diri (PPE) yang mengandungi graphene kerana boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Presiden Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohaideen Abdul Kadir berkata, kajian menunjukkan pelitup muka dilapisi graphene yang lazimnya lapisan berwarna gelap, berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.

Katanya, zarah halus graphene yang digunakan pada pelitup muka adalah bagi membunuh bakteria, tetapi serpihan yang mengelupas boleh boleh disedut ke dalam paru-paru.

“Graphene dikatakan mempunyai sifat antivirus dan antibakteria, tetapi pengguna pelitup muka jenis ini mengadu mengalami kesukaran bernafas, kerengsaan kulit dan rasa seperti ‘bernafas dalam bulu kucing.’

“Meskipun berpotensi menyebabkan risiko kesihatan, jutaan pelitup muka mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohideen berkata, kerajaan Kanada telah mengambil tindakan melarang penggunaan pelitup muka dan PPE yang mengandungi graphene, sementara kumpulan aktivis alam sekitar menggesa negara Eropah turut mengambil langkah sama.

Katanya, kerajaan perlu menetapkan piawaian bagi penjualan pelitup muka di negara ini dan mengharamkan semua penjualan pelitup muka mengandungi zarah halus graphene atau sebarang bahan yang berpotensi menyumbang kepada risiko. FMT

‘Mengarut’… Jangan Masak Pelitup Muka-Pakar komen dakwaan cacing halus pada pelitup muka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker