‘Arwah sepatutnya hadiri janji temu dengan doktor hari ini’ – Dr Wan Norashikin

Suami kepada Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Edi Razman Mohd Ismail, 53, meninggal dunia di kediaman mereka di Sunway City Tambun, di sini pagi tadi sepatutnya menghadiri janji temu dengan doktor kardiologi di hospital swasta di Ipoh hari ini.

Menurutnya lagi, keadaan suaminya yang tidak sedarkan diri itu disedari oleh anak keduanya kira-kira jam 5.45 pagi.

“Pukul 5.30 pagi tadi dia (arwah) bangun tidur, saya tanya pada dia sama ada dia okay atau tidak… dia kata okay.

Kemudian dia buat kerja di meja komputer, tiba-tiba pukul 5.45 pagi anak kedua saya dia tonton bola di bawah dan naik ke atas, mungkin dia dengar suara ayah dia.

“Dia panggil saya dan kata sesuatu berlaku pada ayahnya, saya keluar dan tengok memang ada macam buih sedikit di tepi mulut. Saya dah agak memang heart attack, sebab dia memang ada penyakit tiga “serangkai jantung” (jantung, darah tinggi, diabetes),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini pada Isnin.

Dr Wan Norashikin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah merupakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak.

Ujarnya lagi, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 pagi oleh pasukan perubatan.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Al-Amin Tambun, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun pada jam 12.30 tengahari.

Al-Fatihah: Suami kepada Exco Perak meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker