Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta PBB

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini - Ismail Sabri
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta PBB, kata menteri

Malaysia sedia menghantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara persendirian untuk menghantar misi ke Timur Tengah susulan konflik Palestin-Israel itu kerana terikat undang-undang antarabangsa.

“Kalau PBB minta (kita sedia hantar misi pengaman ke Palestin). Ia mesti ditentukan PBB, tidak boleh Malaysia membuat keputusan (sendiri) mesti bawah PBB itu peraturannya,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani ancaman wabak Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Ismail berkata, Malaysia sebelum ini pernah menghantar pasukan pengaman di banyak negara melalui PBB.

“Memang kita ada hantar misi pengaman bawah panji PBB ke Lubnan, Filipina, Sudan, Sierra Leone dan Congo sebelum ini,” katanya.

Semalam, Malaysia, Indonesia dan Brunei menyeru gencatan senjata antara Israel dan Hamas diadakan, selain meredakan situasi yang mengakibatkan ramai orang awam tercedera, malah terbunuh.

Kenyataan bersama dikeluarkan ketua tiga negara itu turut menyeru badan antarabangsa memantau gencatan senjata berkenaan, selain mendesak PBB mengambil tindakan segera.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga menyeru satu Persidangan Agung PBB khas diadakan untuk membuat resolusi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin. FMT

Israel lancar serangan terhadap Gaza dari pelbagai arah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker