Two-State Solution: Pendirian mereka yang buta sejarah, pengecut!

Israel sendiri tolak Two-State Solution, mereka mahu rampas segalanya

1. MANA-MANA individu atau badan umat Islam yang menyokong Two-State Solution dalam isu Palestin adalah mereka yang buta sejarah, naif, pengecut dan tertipu dengan kezaliman pengganas dunia paling bahaya, Israel

2. Mana-mana individu atau badan di Malaysia yang menyamakan kekejaman pengganas Israel di Palestin dengan ketuanan Melayu pula adalah mereka yang berniat jahat memanipulasi definisi dan sejarah negara, anti perlembagaan serta tidak menghormati institusi beraja dan sktruktur asas negara kita yang tercinta

3. Sungguh, kita tidak perlu terperangkap dan percaya dengan Two-State Solution semata-mata ingin menjaga keharmonian antara kaum di Malaysia. Mengiktirafnya tidak sedikit pun akan menambah baik isu perpaduan antara pelbagai bangsa di Malaysia

4. Malaysia dan Palestin unik dengan sejarah dan identiti yang tersendiri. Asalkan kita berpegang kepada konsep asas kebenaran, hikmah dan keadilan dalam Islam, polemik di kedua-dua negara yang sedang berlaku ini boleh diselesaikan



5. Sebagai satu contoh mudah, hikmah di Malaysia ialah menghormati Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, Melayu sebagai bangsa tunggak serta institusi raja sebagai payung negara. Kita harus menjayakan aspirasi ini dengan diplomasi, engagement dan persefahaman

Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat rakyat Palestin

6. Namun hikmah di Palestin bermaksud berjihad melawan penjajah zalim yang telah membunuh ribuan jiwa yang tidak berdosa, merampas tanah dan harta selama puluhan tahun, mencabul kehormatan wanita Islam serta meruntuhkan masa depan sebuah negara yang merdeka



7. Tidak ada percanggahan atau perselisihan langsung dalam melaksanakan hikmah dalam kedua-dua situasi negara ini. Menyokong perjuangan rakyat Palestin tidak langsung menghalang kita berbudi dan menyantuni rakan dan jiran bukan Islam di Malaysia

8. Hanya mereka yang jahil dan bacul sahaja terkeliru, kononnya cuba berdiplomasi dan ambil jalan tengah tapi sebenarnya merugikan agama dan umat

9. Walaupun seluruh dunia menyepi, dan undang-undang dunia tidak mampu membela Palestin, tapi saya amat yakin dan percaya setiap individu muslim dan badan yang faham isu ini pasti akan mampu membuat perubahan. Walaupun mungkin lambat dan sukar tapi pasti akan sentiasa ada perkembangan yang meyakinkan.

10. Kefahaman pertama yang kita kena sedar ialah Israel sendiri tidak mahukan Two-State Solution. Mereka mahu merampas segalanya dan menubuhkan Israel Raya!



Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Solidariti rentas agama, kaum bantu Palestin – MBM


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tiada kawan, musuh kekal dalam politik – Najib

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker