Rekod tertinggi 44 kematian Covid-19


Kementerian Kesihatan melaporkan 4,140 kes baharu Covid-19 dan 44 kematian, manakala 3,432 pesakit sembuh.

Empat puluh empat kematian itu adalah rekod tertinggi berbanding 39 kematian yang dicatatkan 12 Mei lalu.

Ini menjadikan 422,329 daripada keseluruhan 466,330 pesakit Covid-19 sudah pulih, sementara 1,866 orang pula meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 42,135 kes aktif, dengan 250 daripada 482 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sembilan ialah kes import dan 4,131 kes penularan tempatan membabitkan 3,728 warganegara dan 403 warga asing.

Katanya, Selangor mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 1,507 kes.

Ia disusuli Johor (433), Kuala Lumpur (398), Pulau Pinang (338), Sarawak (324), Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109), Melaka (97), Sabah (60), Putrajaya (23), Labuan (3) dan Perlis (2).

Beliau berkata, 44 kematian itu membabitkan 43 warganegara dan seorang warga asing. FMT

Darurat dah 4 bulan, apa sudah jadi dengan 2 angka kes Covid-19, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker