Jangan ke PPV jika MySejahtera berstatus merah


Penerima vaksin yang mempunyai warna merah, jingga dan kuning pada paparan status MySejahtera diminta tidak hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Paparan merah menunjukkan kes sudah disahkan melalui keputusan ujian makmal COVID-19 dan tidak mempunyai gejala, manakala jingga merujuk kepada kes disyaki dan kuning adalah individu dalam pemantauan (PUS).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengeluarkan nasihat itu menerusi laman Twitter hari ini, sebagai peringatan kepada penerima vaksin yang akan ke PPV.

“Mereka yang mempunyai status sedemikian di MySejahtera diminta lebih bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV walaupun pada tarikh janji temu vaksinasi anda.

“Hubungi talian hotline untuk membatalkan janji temu, tarikh baharu akan dikeluarkan kemudian,” katanya menerusi ciapan itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, turut memberi perhatian terhadap perkara itu memandangkan ada individu berstatus Pesakit Dalam Siasatan (PUI) hadir ke PPV untuk memenuhi janji temu bagi suntikan AstraZeneca. BH

Rawat segera jika alami 5 gejala ini selepas dos AstraZeneca

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker