‘Spender’ pun gagal diselamatkan

TAWAU: Tiga buah rumah di Kampung Batu 6, Jalan Apas, di sini musnah dalam kebakaran menyebabkan 35 orang termasuk dua bayi berumur satu dan sembilan bulan tinggal sehelai sepinggang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 3.28 pagi 1 Syawal.

Sehubungan itu, 13 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Suheizan Sahak dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 15 kilometer dengan dua buah jentera FRT dan sebuah jentera kecemasan EMRS

“Apabila tiba di lokasi kejadian, didapati tiga buah rumah separuh kekal telah musnah 100 peratus dan pihak bomba dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak pada jam 3.50 pagi.

Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan

Operasi pemadaman tamat sepenuhya pada jam 6.34 pagi,” kata jurucakap PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kebakaran itu turut menyebabkan seorang mangsa perempuan melecur di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Tawau untuk dirawat.

Kesemua mangsa yang terdiri dari lapan keluarga kini menumpang di rumah saudara masing masing manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

 

Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker