Isu lompat: Wan Saiful suruh Mahathir ‘move on’
Isu lompat: Wan Saiful suruh Mahathir ‘move on’
Henti jadi jurucakap isu Bersatu, fokus keunikan Pejuang, Wan Saiful beritahu Mahathir
Bersatu menolak dakwaan Dr Mahathir Mohamad terdapat pemimpinnya yang bersedia meninggalkan parti itu untuk kembali bersama kumpulan bekas perdana menteri itu, jika ditawar imbuhan lebih lumayan.
Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan meminta Mahathir berhenti menjadi jurucakap soal dalaman Bersatu kerana lebih baik beliau terus bercakap mengenai keunikan Pejuang yang diketuainya, jika benar parti serpihan itu mahu mengangkat agenda rakyat.
“Saya tak pernah dengar isu ini (pemimpin mahu lompat) dalam Bersatu, jadi saya rasa cerita-cerita begini sengaja dibuat untuk menarik perhatian kepada sebuah parti serpihan (Pejuang) yang tidak berjaya menarik perhatian sesiapa setakat ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Pejuang boleh memperjuangkan agenda unik dan “tak payahlah asyik bercerita mengenai rumah lama sehingga nampak seolah-olah belum dapat ‘move on’ lagi”.
Katanya, Bersatu terbuka menerima sesiapa yang sedia mendokong prinsip parti itu dan ia tidak menawarkan imbuhan kepada mana-mana pihak untuk menyertainya.
“Saya perlu tegaskan tidak logik jika ada tuduhan bahawa ada sesiapa yang menawarkan apa-apa imbuhan kepada Mahathir dalam hal ini.”
Terdahulu, bekas pengerusi Bersatu itu mendakwa terdapat kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk “lompat” ke Pejuang, jika ia boleh “menandingi” imbuhan sehingga RM70,000 sebulan yang diterima mereka ketika ini.
Penasihat Pejuang itu berkata, pemimpin Bersatu berkenaan masih bersama parti itu kerana mementingkan wang, walaupun menyedari Muhyiddin Yassin hanya mampu bertahan sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15. FMT
Baca Artikel Menarik
- Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Biskut Thumb Print
- Nasi Tomato Bonda
- Tenat! Suara peniaga makin tenggelam – Mila Jirin
- Radzi gagal teruk
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Mahathir dakwa ada pemimpin Bersatu setuju lompat
You must be logged in to post a comment.