Popia info

Popia


Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini.

Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi doh yang kenyal. Kemudian doh akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng.

Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkan garam sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng.

Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Variasi Inti

Sayur

Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, lobak merahtauhutaugeh dan sengkuang yang dihiris-hiris.

Serunding

Serunding yang sering digunakan adalah dari daging ikan tenggiri dan ikan bilis. Hasil laut yang lain ialah udang kering. Boleh juga dibuat dari daging lembu dan ayam.

Ikan

Ikan sardin dalam tin selalu menjadi pilihan untuk dijadikan inti popia. Manakala, industri makanan beku di Malaysia telah memperkenalkan popia berinti otak-otak.

Jenis popia

  • Tidak Bergoreng
  • Popia Basah

Bergoreng

  • Goreng
  • Bersira
  • Mini
  • Simpul Kasih
  • Popia Otak-otak

Popia info

Popia info

Popia info

Popia INFO
Nama alternatif Baobing, Runbing, Bopijuan
Tempat asal Fujian, China
Kawasan Taiwan, Burma (Myanmar), Malaysia, Singapore (Teochew dan kawasan yang bertutur bahasa Hokkien)
Bahan utama kulit popia, sengkuang, lobak merah, tauhu goreng (yang didadukan), kacang panjang, taugeh, udang kering

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker