Polis nyanyi lagu hari lahir, pencuri bangun tidur tersenyum [VIDEO]

Polis berbaju hijau memegang tangan suspek ketika mereka menyanyikan lagu hari lahir. – Instagram

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa anggota polis menyanyikan lagu selamat hari lahir ketika membangunkan seorang penjenayah yang sedang tidur, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Berdasarkan rakaman, beberapa anggota polis yang berada di lokasi tempat seorang penjenayah bersembunyi memberikan ‘kejutan’ ketika membangunkan suspek.

Lelaki itu kelihatan masih keliru  ketika dia dikejutkan dan ditahan oleh beberapa anggota polis yang menyamar dengan berpakaian seperti orang awam.

Suspek dilihat tersenyum apabila polis menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadanya.

Berdasarkan kapsyen hantaran tersebut, lelaki itu merupakan suspek kes kecurian besi, manakala tangkapan dibuat di sebuah kafe siber di Sumatera Selatan.

Rakaman tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Haha dia pun teruja,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker