[VIDEO] "Rasanya Lebih Sedap Dari Ayam"- Katak Sebesar Bayi Manusia Menggemparkan Netizen — MYKMU.NET

[VIDEO] “Rasanya Lebih Sedap Dari Ayam”- Katak Sebesar Bayi Manusia Menggemparkan Netizen



Sebaran :

SEEKOR katak sebesar bayi manusia berjaya ditangkap di pinggir ibu kota Pulau Solomon, Honaira.

Penemuan oleh pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo dibuat bulan lalu dan dikongsi di akaun Facebook miliknya, dan menggemparkan netizen di akaun sosial media itu.

Dalam catatannya, Hugo berkata katak berkenaan dikenali sebagai ‘ayam belukar’ dalam kalangan penduduk pulau tersebut.



“Rasanya lebih sedap daripada ayam,” katanya.

Menurut pakar biologi, Patrick Pikacha, spesis katak ini dikenali sebagai Cornufer guppyi dan merupakan salah satu katak terbesar di dunia, memetik laporak portal berita DailyStar.

Katak terbesar di dunia, katak Goliath Afrika ditemui di Cameroon berukuran 36 sentimeter panjang.

Jelas Dr Pikacha, katak di Pulau Solomon ini kini terancam akibat aktiviti pembalakan.



Selain itu, bahan kimia yang dilepaskan ke dalam sungai turut mengakibatkan kematian amfibia tersebut.

Jelasnya lagi, walaupun katak yang dikongsi Hugo itu agak besar, dia pernah menemui saiz lebih besar daripada itu di Pulau Gatokae, salah satu pulau kecil di barat Pualau Solomon.

“Seekor katak yang pernah temui berukuran 30 sentimeter panjang, sepanjang sebuah pembaris panjang.



“Ketika itu katak berkenaan sedang makan seekor ulat jadi ia tidak cuba melarikan diri,” katanya.

Sumber Facebook 143phil


Sebaran :


Leave a Reply