Harga daging segar naik sehingga RM40 sekilo


Menjelang hari raya Aidil Fitri, harga daging lembu segar mencecah RM40 sekilo di Kuala Lumpur dan Selangor berbanding hanya RM36 sekilo sebelum Ramadan baru-baru ini.

Ini berikutan permintaan yang tinggi di kalangan umat Islam untuk membuat persiapan sambutan hari raya.

Tambahan lagi, kepercayaan kepada daging import masih belum pulih ekoran terdedahnya daging import yang diragui kehalalannya.

Di Bandar Tasik Puteri, Rawang, sekilo daging pejal dijual sehingga RM40 sekilo manakala daging batang pinang dijual sehingga RM45 sekilo.

Di Sri Gombak, daging batang pinang dijual sehingga RM46 sekilo.

Menurut sumber, harga daging segar di Kuala Terengganu masih rendah berbanding ibu negara.

Harganya sekitar RM32 sahaja sekilo.

Walaupun mahal, umat Islam terpaksa membelinya bagi membuat persiapan hari raya yang bakal tiba hujung minggu depan.

Orang ramai mula beratur sejak jam 8 pagi untuk mendapatkan daging segar bagi membuat rendang dan sebagainya menjelang Aidil Fitri ini. MD

Kenaikan harga barang, cukup-cukuplah bagi alasan klise

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker