Zahid minta menteri UMNO desak kerajaan tubuh RCI
Zahid minta menteri UMNO desak kerajaan tubuh RCI.
PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meminta menteri-menteri UMNO untuk mendesak Kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Katanay, pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan campur tangan politik dan rasuah.
“Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting Kerajaan adalah amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Keselamatan Negara.
“Saya akan meminta Menteri-Menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan ini kepada Kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan,” kata Ahmad Zahid.
Justeru Ahmad Zahid Hamidi berkata, dia bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak Kerajaan menyegerakan penubuhan RCI tersebut.
Beliau menegaskan, penubuhan RCI harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap insitusi dan sistem yang membentengi kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara.
Dua hari lalu Pemuda UMNO mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Tommy Thomas berhubung isu dibangkitkan bekas peguam negara itu dalam bukunya “My Story: Justice in The Wilderness”.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, terdapat tujuh asas bagi mewajarkan penubuhan RCI termasuk isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.
Katanya, Thomas sendiri mengakui terlibat dalam mempengaruhi pemilihan dan penetapan hakim kanan.
Thomas dalam bukunya menceritakan pengalaman sepanjang menjadi peguam negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.
Sementara Abdul Hamid pula mendakwa terdapat campurtangan menteri dalam pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). SM
Baca Artikel Berkaitan :
- Segera tubuh RCI siasat pendedahan Tommy, Abdul Hamid
- SEGERAKAN RCI TERHADAP TOMMY THOMAS – Puad Zarkashi
- #PAU2018 : Ucapan Dasar Presiden – UMNO BANGKIT
Lawati FB MyKMU
You must be logged in to post a comment.