Kartun MB Kedah: Polis siasat Zunar, rampas telefonnya


Kartunis Zulkiflee SM Anwar Haque atau pun dikenali sebagai Zunar dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Padang Terap di Kedah berhubung kartunnya mengenai Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Zunar, dia disiasat pagi tadi selama dua jam dan telefon bimbitnya dirampas.

“Pagi ini 7 Mei, siasatan dijalankan terhadap saya di IPD Padang Terap, Kedah atas satu kartun tentang MB Kedah yang disiar dalam Facebook Zunar Kartunis Fan Club 21 Jan lepas.

“Ia di bawah 505 Penal Code (Kanun Kesiksaan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Siasatan selama dua jam dan handphone saya dirampas,” ciapnya di Twitter.

Kartun Zunar mengkritik kerajaan Kedah kerana membatalkan cuti umum untuk perayaan Thaipusam, yang diterbitkan di Facebook pada 23 Januari lalu.

Pada 21 Januari, Muhammad Sanusi berkata tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam susulan wabak Covid-19.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan sejumlah pihak, termasuk Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang dilaporkan berkata PAS – parti yang dianggotai Sanusi – perlu mendidikanya agar menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Sebelum ini pada 5 Mei, aktivis Fahmi Reza turut disiasat oleh pihak berkuasa. Dia pula diarah menyerahkan akaun Twitternya kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tujuan siasatan dan mengumpul bahan bukti.

Ini dilakukan selepas dia ditangkap kerana membuat ‘playlist’ Spotify bertajuk “This is Dengki Ke” dengan gambar Permaisuri Agong pada 23 April lalu. Mk

Isu Thaipusam: Pemuda PAS lapor polis dakwa lukisan karikatur Zunar aibkan MB Kedah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker