Campur tangan politik, Syed Hamid Albar bangkit bidas Mantan KPN
Meskipun terdapat salah faham atau perbezaan pendapat antara pasukan Polis Diraja Malaysia dengan menteri, ia harus dibincang secara dalaman, kata veteran politik Syed Hamid Albar mengulas pendedahan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador.
Syed Hamid yang juga bekas menteri dalam negeri berkata kehormatan institusi dan sesama individu perlu dijaga.
“Sebab itu, benda-benda macam ni seharusnya… kalau saya punya pengalaman semua perkara-perkara yang berkenaan perkhidmatan kita bincang (secara) dalaman.
“Sama ada antara ketua polis itu dan menteri atau dalam konteks Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).
“Jadi dengan cara demikian, semua perkara kekal hanya antara mereka.
“Kita mesti tahu hak dan tanggungjawab masing-masing.
“Kedua-dua pihak perlu faham tentang akta rahsia rasmi,”
Pada sidang media terakhirnya sebagai KPN pada 30 April lalu, Abdul Hamid mencadangkan SPP diketuai oleh pihak tidak berkepentingan, seperti bekas ketua hakim negara.
Abdul Hamid turut membuat beberapa dakwaan, antaranya bagaimana ada orang politik – atau menteri – mencampuri urusan dalaman PDRM.
Hal tersebut, katanya, sudah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.
Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar sebagai tebusan
Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau “bad blood” dengan Hamzah Zainudin yang merupakan pengerusi SPP dan juga menteri dalam negeri.
Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.
Abdul Hamid juga membangkitkan kelemahan SSPP yang menurutnya bermesyuarat hanya empat kali setahun.
“Sepatutnya setiap bulan (SPP) bermesyuarat. Mesyuarat pun dua jam, macam minum kopi. Tak ambil berat,” kata bekas ketua polis itu.
Mengulas lanjut, Syed Hamid yang kini pemimpin Bersatu berkata, meskipun Abdul Hamid telah tamat perkhidmatan, dia masih perlu mematuhi perkara yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“(Bekas) ketua polis negara telah meninggalkan perkhidmatannya… apabila kamu tinggalkan perkhidmatan, kamu masih perlu patuhi beberapa perkara.
“Dan saya tidak faham apa yang dikatakannya dengan campur tangan politik.
“Campur tangan politik ni apa dia? Sebab polis ni ada SPP. Ia sepatutnya dibincangkan dengan suruhanjaya (SPP),” katanya.
Ku Li gagal pengaruh MP Umno tarik balik sokongan pada PN, dakwa Mahathir