‘Road block’ di PKP Selangor akan dipertingkat



Sebaran :

‘Road block’ di Selangor akan dipertingkat sepanjang tempoh PKP‘Road block’ di PKP Selangor akan dipertingkat. POLIS Selangor akan mempertikatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, peningkatan SJR juga akan dilakukan di daerah yang dikenakan PKPB di Selangor.

“Peningkatan SJR ini adalah bertujuan untuk menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah daripada berlaku terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.



“Selain daripada itu, pemantaian di bazar Aidilfitri, pusat beli belah dan tempat tumpuan ramai juga akan dipertingkatkan bagi memastikan pematuhan SOP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, sebanyak enam daerah di Selangor dikenakan PKP bermula esok sehingga 17 Mei depan.

Enam daerah yang dikenakan PKP oalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. ‘Road block’ di PKP Selangor akan dipertingkat



Kesemua daerah itu tidak dibenarkan melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah kecuali atas urusan kecemasan.

Sementara itu, tiga lagi daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. SM

Like FB MyKMU disini



Tak setuju dengan pusat, Selangor batalkan pasar Ramadan di kawasan PKP


Sebaran :


Leave a Reply