Elak salur terus peruntukan besar untuk MP Bersatu sokong PM

Elak salur terus peruntukan besar untuk MP Bersatu sokong PM,

Seorang pemimpin PKR mencadangkan kerajaan tidak menyalurkan terus peruntukan besar kepada wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, terbaru Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Yahya Mat Sahri yang melontarkan pandangan peribadinya itu berkata dibimbangi bantuan kewangan berkenaan hanya disalurkan kepada penyokongnya bukan rakyat secara keseluruhan.



Ketua PKR Tanjong Karang itu mencadangkan peruntukan kepada Zulkafperi dan lima lagi rakannya dari Bersatu hanya membabitkan kegunaan operasi pusat khidmat serta bantuan segera dimohon menerusi pejabat itu.

Menurutnya, sebahagian dana untuk Ahli Parlimen pembangkang menyokong Anwar perlu dikekalkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Jika beri semua jadi masalah…bimbang kalau peruntukan terlalu besar ia hanya diagihkan kepada penyokong asal Ahli Parlimen itu,” katanya kepada FMT.

Beliau turut mengingatkan Zulkaperi supaya sokongannya itu bukan hanya untuk mendapat peruntukan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan untuk membantu Anwar menjayakan agenda kerajaan.



Rabu lalu, Zulkafperi menjadi Ahli Parlimen Bersatu keenam mengisytiharkan sokongan kepada perdana menteri, namun beliau menegaskan masih setia kepada parti itu sambil menyatakan tindakan berkenaan bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimennya terus terbela.

Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut, Yahya berkata pusat khidmat Zulkafperi gagal beroperasi dengan baik sejak mewakili Tanjong Karang sejak PRU15.

“Kita tahu beliau tiada sokongan akar umbi dan jentera, pusat khidmat pun tak beroperasi,” katanya. FMT



Elak salur terus peruntukan besar untuk MP Bersatu sokong PM,

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker