Kalau nak saya beri keterangan, saya datang, kata Hamid


Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador menegaskan jika pendedahan mengenai campur tangan menteri dalam Cawangan Khas (SB) Bukit Aman sebelum ini disiasat, beliau sedia memberi kerjasama dan dirakam keterangan.

Katanya, apa pun berlaku hasratnya adalah untuk menghalang perancangan menguasai jabatan berkenaan bagi tujuan politik.

“Saya tengok perkembangan. Kalau nak saya datang beri keterangan, saya datanglah, dan pada saya biarlah kepimpinan Bukit Aman siasat, nak tentukan kes jenayah ke terpulang kepada mereka,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Hamid berkata, tidak menjadi masalah bagi beliau sekiranya pihak berkuasa memanggil untuk membantu siasatan.



“Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, (sebab) itulah saya dedahkan,” katanya.

Terdahulu, bekas pegawai tertinggi pasukan itu berkata, Menteri Dalam Negeri dikatakan “mengatur langkah” untuk menjadikan “budaknya” pengarah agensi perisikan polis itu.

Hamid berkata, menteri cuba meletakkan seorang bekas pegawai kanan SB yang telah tamat kontrak tahun lalu, kerana dia mudah mengikut arahan ahli politik.

Langkah itu diatur selepas Cawangan Khas enggan menyertai operasi yang menurutnya dipaksa oleh Hamzah Zainudin bagi tujuan politik sendiri.



Bagaimanapun, langkah itu terhenti apabila isu tersebut dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

Hamid mendakwa, menteri turut meminta SB melakukan “beberapa operasi” bagi tujuan politik sendiri, tanpa memberikan butiran lanjut atas sebab kerahsiaan. FMT

Abdul Hamid Bador dakwa menteri mahu guna cawangan khas untuk kepentingan politiknya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker