#CucukMYAZ: kongsi Penerima vaksin AstraZeneca

#CucukMYAZ Trends As 1st Klang Valley Residents Get AstraZeneca Vaccine

KUALA LUMPUR: #CucukMYAZ Hari ini secara rasmi bermulanya proses pemberian suntikan vaksin keluaran AstraZeneca di empat lokasi berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sejak awal pagi, rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri dan wilayah berkenaan berkongsi keterujaan dan kegusaran mereka untuk menerima dos tersebut.
Malah tidak keterlaluan dikatakan, keterujaan itu sudah mula dirasai sejak Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin mengumumkan ia terbuka untuk 268,000 pemohon di Kuala Lumpur dan Selangor, pada 1 Mei lepas.
Dalam masa kurang empat jam sahaja, kesemua slot tempahan telah diisi, dan ada di antara pemohon yang menyimpan harapan untuk dipanggil menerima suntikan, biarpun tarikh yang diinginkan sudah dipenuhi.
Awal hari ini, seorang pengguna Twitter @rincredible memulakan #CucukMYAZ, satu inisiatif untuk mengumpul pengalaman penerima vaksin AstraZeneca di empat lokasi yang ditetapkan – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan IDEAL Convention Centre Shah Alam (IDCC).
Bunyinya seakan-akan terma yang nakal, tetapi barangkali ia juga agak lucu dan disertai ratusan pengguna Twitter untuk berkongsi pengalaman mereka.
“Ya saya sedia maklum #CucukMYAZ kedengaran seperti apa jika anda sebutnya dengan kuat dan mempunyai maksud itu. Berilah saya kredit..saya bekerja dalam bidang pemasaran dan pengiklanan hampir satu dekad..,” ujar @rincredible lagi.
Pengguna Facebook turut tidak ketinggalan berkongsi keterujaan mereka di Astra Zeneca Vaccine Malaysia, yang dimulakan June Ramli.
“Dos pertama selesai. Saya sangat kagum dengan proses pemberian vaksin di WTC. Efisien dan pantas.
“Apabila anda selesai proses pemerhatian (selepas mengambil suntikan), mereka (petugas) akan memanggil nama anda. Mereka juga akan memberi anda kad pengesahan. Ia tidak menyakitkan dan proses agak kemas dan teratur. Petugas sentiasa menghormati anda dan sedia untuk membantu,” tulis seorang pengguna bernama Mitch Yusmar Yusof.
Terdahulu, Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, membayangkan akan membuka proses permohonan untuk AstraZeneca ke negeri-negeri lain selepas mengambil kira sambutan serta tahap keyakinan orang ramai terhadap vaksin itu.

Read : https://mykmu.net/2020/12/18/experts-no-need-to-panic-about-vaccine-side-effects/

Fauci had few side effects after taking Moderna vaccine



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker